Friday, February 27, 2009

Pengenalan

Aktiviti tahunan yg tidak ditaja dan di restui oleh kaum isteri ini dijalankan oleh beberapa org pihak yg ingin menyatukan sanubari dan juga perasaan cinta sesama mukmin.


Aktiviti akan dijalankan di marang terengganu kerana memiliki faktor-faktor iklim khatulistiwa dan corak permainan gasing yg diturunkan turun temurun.

Kegahhan permainan wau dan juga wayang kulit menjadi salah satu faktu mengapa terengganu dipilih lagi utk menjadi lokasi RJP kali ini.

Walaupun ramai jugak ahli penting dan berkebolehan utk menjadi boneka semasa disana tidak dapat mengikuti kita(caen dan lain lain), akan tetapi ianya tidak dapat tidak perlu dijalankan juga demi untuk membazirkan duit gaji.

Disamping itu. ribuan terima kasih juga diucapkan kepada bebarapa org ahli yg sudi menghantar isteri yg sarat mengandung dan meminta pihak pengurusan agak menimbang kembali tarikh pelaksanaan agar tidak bertembung dengan tarikh isterinya bersalin.

Dan ini juga adalah bagi memberi peluang kepada sesetengah dari pada kita yang tidak pernah naik bot atau menonton bot secara "live" apatah lagi dapat menunggangnya. Jadi kami disini dengan besar hati ingin memberikan keistimewaan itu kepada beliau agar dapat menceritakan bala pengalaman menaiki bot bersama abang abang kacak yang lain.

Dan juga utk menambahkan pembendaharaan kata kepada bekas bekas penuntut UTM. Tidak ramai tahu apakah itu "mencandat". adakah ianya suatu carutan? adakah ianya suatu konspirasi KJ dan anuar ibrahim? adakah itu adalah ukuran skema untuk jisim? pengetahuan kan?

Jadi disini setelah berhempas pulas bertegang urat membahaskan usul semalam bersama sidang CEO yang lain. Adalah disyorkan yang peserta dari JB turun ke KL dahulu supaya dapat bertolak bersama2 kerana dikhuatiri akan sesat. Utk mencari resort ini bukanlah sesuatu yg mudah, keazaman, ketulusan hati, bicara perasaan, naluri seorang lelaki perlu diambil kira jika hendak mendapatkan jalan sebenar ke resort ini. Jadi peserta JB diharap dapat memberikan komen dan sedikit buah kepala bagi melancarkan perjalanan pengurusan kali ini.

Update Peserta :-
1)Bonjek
2)Najib
3)Mizi
4)sak'eibon
5)Bui
6)Anais
7)Leman (to be confirm)
8)Migie (to be confirm)
9)Dunk
10)Patlie (to be confirm)
11)Ronggeng (to be confirm)
12)Unggai (to be confirm)
13)Mokhtar (to be confirm)
14)Zam (to be confirm)
15)PakAsrie (to be confirm)
16)Azrul
17)soon...

Jadi Budi baik adalah diperkenankan jika dapat menconfirmkan kehadiran secepat mungkin.


Anggaran Belanjawan
Setelah usaha menalipon dan mendapatkan confirmasi kepada segenap umat peserta, maka saya disini akan membuat belanjawan baru kerna rasanya 3 bilik chalet diperlukan disini.
1 bilik chalet boleh memuatkan 3-4 org. 4 buah chalet disini adalah utk 15 org.
(tapi rasanya kena tambah lagi ni).
tapi nanti kalau org bertambah lagi, aku akan update balik.

Bilik:
4x4 harixRM140 = RM2240

RM2240/15 = RM149.

Jadi kos utk yg tidak mencandat adalah :

RM149 + RM20(huha huha) = RM169


Untuk pencandat kacak :

anggaran bilangan pencandat adalah tidak boleh melebihi 12 org jadi

seorang perlu menambah dalam RM30++ utk menaiki bot

jumlah utk pencandat adalah RM199

Tapi jika ada lebih dari 4 bilik chalet. Saya akan cuba untuk mendapatkan diskaun dari tokei kedai chalet itu sendiri. Saya rela menyerahkan mahkota permata kesucian saya supaya kita semua dapat bersama2 menikmati percutian 4 hari 3 malam ini dengan mewah dan murah.

Jadi saya perlu menetapkan kedatangan paling akhir pada:

minggu terakhir bulan march ini

Bagi mengelak berlaku kehilangan bilik yang sudah ditempah. Sila sahkan kehadiran sebelum saya marah dan mengamuk diseluruh cyberjaya dan kawasan semenyih.

No comments:

Post a Comment