Mukadimmah
Nama Tak Rasmi Aktiviti : Pergi ke marang dan tunggu budak JB sampai pastu p candat sotong kat depan pulau kapas.
Nama Rasmi : Masih Difikirkan
Anjuran : Kelab RJP'ian (M) Cawangan Puchong Jaya
Tarikh : 17 -20 April 2009 bersamaan dengan Jumaat - Isnin
Tempat : Marang, Terengganu
Penginapan : Anggulia Beach Resort. 2 Bilik Chalet menghadap Pulau Kapas sudah ditempah. Sapa buat lawak tak mau.. aku buat tendangan sujud sahwi kat keting kaki dia...
Pengangkutan : Persendirian.
Tentatif Program
17 April 2009. (Jumaat)
07:00 - Berangkat ke Marang sesudah solat subuh.
(sepanjang perjalanan, destinasi perhentian akan dibincangkan sesama sendiri didalam kelambu)
13:00 - Lunch di Yap Chuan Dry bak kut teh
14:00 - Sampai kedestinasi iaitu Marang. Jumaat dah burn masa ni..
14:45 - Check in.
15:00 - Solat Zuhur Berjemaah (Imam Saudara Syeikh Bonjek al-tahfiz)
03:01 - Mengemas dan roll call oleh warden bertugas (Cikgu Bonjek).
15:30 - Sesi Suai kenal dan membentuk kumpulan, bendera dan nama kumpulan.
16:30 - Aktiviti Bebas.
19:30 - Mahgrib di Surau Penjara Marang.
19:31 - Mencari sesuap nasik.
21:30 - Pulang dan berbaris mengikut abjad didepan bilik utk dikira oleh warden.
23:00 - Tido.
18 April 2009 (Sabtu)
05:30 - Quyamullail (Oleh Adik Ridzuan Al-Zakaria penuntut Univertitas Al-Azhar)
06:30 - Menonton matahari terbit secara berpelukan sesama kaum (bagi meneguhkan ikatan Ukhuwah)
07:30 - Acara sukaneka diadakan (bawak garpu dengan ponggong, acara mengemut pasir, acara kentut didalam air paling lama)
07:30 - (Aktiviti ini akan dibincangkan kelak)
-Lata Belantan, Lata Tembakah, Lata Cemerong : 122 KM atau 1 jam 53 minit dari marang.
-Air Terjun Sekayu : 39km atau 40 Minit dari marang
-Kolam Air Panas LA : Jauh
- Rumah bonjek : 2 KM atau sebatang rokok jauhnya.
(wajib balik sblm pukul 5ptg)
(utk yg mencandat)
16:30 - Perjalanan ke Jeti Pulau Kapas
17:00 - Menaiki Bot utk lalu jek kat depan Pulau Kapas
18:00 - Mencandat Sotong
03:00(ahad) - Pulang dengan hasil tangkapan
(Utk yg tidak mencandat)
16:00 - Masjid Tengku Tengah Zaharah ada ceramah agama bertajuk "berdua lebih baik"
22:00 - Baru abeh ceramah agama.
03:30 - Mengurut kawan2 yg letih baru pulang dari mencandat sotong.
19 April 2009 (Ahad)
05:30 - Mandi, Subuh dan membersihkan diri.
10:00 - Pasar Hari Marang
11:00 - Ke rumah Tuan Syeikh Haji Abang Bonjek Lebai Zakaria.
-Gotong royong menyiapkan makanan
13:00 - Makan tengah hari dirumah Bonjek itu juga pon.
17:00 - Bergegas ke Pasar Petang Marang utk membeli kelengkapan berBBQ
18:00 - Mandi dulu beb..
20:00 - Bonjek akan memasak BBQ seorang diri, selebihnya bermain gitar, bersuka ria, bertepuk tampar, bermain air laut dan berjenaka sesama sendiri.
20 April 2009 (Isnin)
07:00 - Mengemas
08:00 - Apahal mengemas? mandi laut la weh...
09:30 - Mengemas
10:00 - Ceh cam pompuan mengemas.. mandi laut la bai...
11:00 - Check Out
11:15 - Bertolak ke Pasar Payang Kuala Terengganu
13:07 - bertolak Pulang
~~END~~
Kejabadah semua nama aku jek.. demmmet
ReplyDelete